Kerjaya antarabangsa Moussa Dembélé (pemain bola sepak Perancis)

Dembélé merupakan sebahagian daripada skuad bawah-19 Perancis yang mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Eropah 2015. Beliau telah menjaringkan gol pada aksi peringkat kumpulan menentang Ukraine dan tuan rumah, Greece.[44] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Perancis pada Oktober 2016 ketika menentang Georgia. Beliau beraksi sebagai pemain gantian separuh masa permainan sebelum menjaringkan salah satu jaringan gol Perancis untuk membantu pasukannya mencapai kemenangan 5-1.[45] Pada 13 November 2017, Dembélé menjaringkan hatrik selama sebelas minit semasa mewakili pasukan bawah-21 Perancis ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Slovenia. Jaringan hatrik beliau ini merupakan jaringan terpantas yang dijaringkan oleh mana-mana pemain Perancis dalam jangka masa 15 tahun.[46]

Rujukan

WikiPedia: Moussa Dembélé (pemain bola sepak Perancis) http://www.footmali.com/malifoot/moussa-demb%C3%A9... http://www.fulhamfc.com/kids-zone/through-the-rank... http://www.fulhamfc.com/news/2013/december/03/demb... http://www.fulhamfc.com/news/2016/march/03/moussa-... http://www.fulhamfc.com/the-teams/u18s/player-prof... http://www.heraldscotland.com/sport/14738379.Harry... http://www.heraldscotland.com/sport/15086738.Celti... http://www.skysports.com/football/celtic-vs-mother... http://www.skysports.com/football/news/11787/10615... http://www.skysports.com/football/news/12025/11125...